dear diary...,
Di kala petang yang redup dan damai ini, aq kembali untuk menulis apa yang terbuku didasar hati sambil ditemani muzik yang mendayu - dayu dari lappy ku, angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa pipiku..terasa syahdu..kedamaian yang ku rasakan kini amat bermakna..tidak seperti apa yang telah berlaku seminggu yang lepas di mana aq mengalami tekanan yang amat dasyat sehingga berlaku pertengkaran antara aq dan teman serumahku..fikiran aq yang kusut, di tambah dengan hasutan syaitan yang bertubi-tubi sehingga mencetuskan peperangan dingin antara kami..arghh..sesungguhnya aq tidak mampu mengawal kemarahanku, begitu mudah aq di hasut oleh syaitan laknatullah itu dan berjaya membuat 'temperature' aq naik dan menyebabkan aq bertukar menjadi seorang makhluk yang amat bengis dan menakutkan.. tanduk dan taring yang selama ini aq simpan, terkeluar juga..arghh..!
Aq bukan seorang makhluk seperti itu, yang amat kejam, bengis dan tidak berperikemanusiaan..tapi, keadaan yang memaksa ditambah dengan perisa hasutan syaitan..aq tidak mampu mengawal diri dan yang pasti aq bertukar menjadi makhluk itu kerana aq sudah tidak tahan dengan situasi dan menyebabkan aq bertindak di luar kawalan aq sendiri..owh..sesungguhnya aq tidak tahu yang aq mempunyai kuasa seperti itu, aq tidak tahu aq mempunyai kuasa dalaman yang tersimpan sehinggalah aq di cabar oleh mereka itu ..arghh! Apabila kemarahan dan ke'bengangan' yang selama ini di pendam, akhirnya meletus juga seperti larva yang mencurah2 turun dari gunung berapi yang masih aktif..hurm..sesungguhnya, tahap kesabaran manusia ada batasnya..benar dan sebenar-benarnya kata pepatah itu..
Walaupun aq adalah seorang 'monster', aq tetap mempunyai hati dan perasaan..walaupun aq nampak luarannya keras, tapi aq adalah seorang yang rasional didlm setiap perbuatan yang aq akan lakukan pasti aq akan berfikir dahulu..well educated monster la katekan...hohoho..
prinsip seorang 'monster' yang cute :
tersalah langkah boleh diundur, tersalah perbuatan tanggung sendiri..huhu..
No comments:
Post a Comment