sum people said..'luv is everythin' to for everyone', n some peeps said 'luv is like sugar, sweet and tasty' and some peeps said oso 'Luv is such a ridiculous thing and dun trust LOVE!!''
Itula statement yang orang selalu definisikan cinta itu sendir mengikut perspektif individu. Cinta itu buta? betul ke? setengah orang ckp ye..setengah orang ckap cinta tak buta tapi pandangan kita yang buta pada pasangan kita..mane satu betul ne? aku pown tak tahu yang mane satu definisi tentang cinta ne..sgt subjektif kerana ia melibatkan hati dan perasaan..kite tataw nak nilai bagaimana ia bermula dan tibe2 kite rase sesuatu yang meresap di dalam jiwe..mase tu ape je yang kite buat xkena..2 pendapat aku la...definisi tentang cinta ne sebenarnya banyak..aku pown tataw nape aku wat topik mcm ne malam ne..tibe2 mood aku ingin meluahkan segala yang terbuku di hati..
aku nak share cket la pengalaman chenta aku yang pertama..huhuhuh..ade kew? 2pown bermula selepas SPM,alamak kantoi lak..tym 2 aku aku sendiri tataw ape mkna chenta hinggalah satu hari aku pernah tersuka kat mamat ne tapi...aku tak pernah gtaw yang aku suke dye..klaka gle la tym 2..aku takut nk mulakan dulu..yela, nati orang kate perigi yg cari timba..adeh...so, smpai skrg aku pendam...huhuu...friendster dan facebook la yang menemukan aku ngan dye semula..tapi.....emm...nak dijadikan cerita dye da pown bertunang..(how sad!!)..aku wase cam alamk cdey gle nie...xde harapan la nampaknye..hahahahha...tapi, aku redha dengan ketentuan Tuhan yang sememangnya aku ngan dye xdew jodoh...heuheuuehe....
tu jew la yang aku ingat sebab sampai sekarang pown aku tak de hubungan dengan sape2 lagi...mampu kah aku untuk bercinta lagi? aku sendiri tak ade jawapannye sekarang....kosong..sepi...
emm...RAMAI yang tahu mengenai cinta. Ramai yang tahu menyebutnya. Bahkan ramai yang tahu meluahkan kata-kata indah sekadar menzahirkan keindahannya. Tetapi apakah sebenarnya cinta? aku dapat sumber ne dr sumber yang ley dipercayai laaa...
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka cinta kepada Tuhan. Bila sampai masanya di setiap tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya, jiwa bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Seterusnya, sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai. Walaupun kewujudan cinta tidak mampu dilihat, cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlapan dan putih bersih. Cinta antara manusia itu menjurus kepada jodoh atau pasangan, daripada diri yang punya persamaan. Apabila dapat apa yang dicari, bermakna cinta itu sudah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tetapi juga memberi. Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ia dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tetapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya. Pada asasnya, sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu peraturan cinta jika tidak diberikan panduan. Cinta ibarat manusia, boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tetapi ramai orang berharap supaya cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun sudah mati. Sebagaimana yang banyak diperkatakan, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkannya daripada godaan nafsu yang tidak ada batasan. Disebabkan nafsu, cinta suci jadi bernoda dan berdosa. Cinta itu bukan saja indah tetapi mempesonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tetapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana kita melihat bayi yang comel dan bersih. Dia senyum dan merapati kita. Kita pula terpesona kerana bukan saja ia comel tetapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Sifat cinta yang mempesonakan itulah yang sering membuatkan manusia berbuat silap apabila bercinta. Apa saja yang dilakukan kekasihnya mempesonakan dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa serta akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan nafsu. Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika kita sentiasa ingat kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bukti cinta ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang dimahukan kekasih. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, cinta itu tidak tinggi nilainya. Anggapan itu sebenarnya tidak tepat. Jika kita memberikan semua yang diingini kekasih, apa yang tinggal pada diri kita? Benarkah dia cintakan kita bila dia mahukan pengorbanan kita? |
definisi chenta syera :
''i don't know..it's a mystery in a LoVe thang..
But, I gUesS there are certaIn things abOut LOVE that are FOREVER,
like yOu beLieve in It, it wILL exist fOr you...
aNd eVen when you're in LOVE you can't be bLind..
b'cOz of yOu dOn't LoVE urSeLf,
nO oNe eLse wiLL knOw hOw toO.....''
No comments:
Post a Comment